Monday, 25 June 2012

KENYATAAN PERASAAN

Hari ni aku nak post 1 puisi yang aku cipta sendiri. No copy paste okey. Idea ni tercetus tiba-tiba. So, apa yang terlintas, aku terus tulis dalam buku. hehehe... Puisi yang aku siapkan dalam 1 malam. Semangat seyh nak buat puisi moden ni. Aku pun tak tahu kenapa aku suka gilerr kelas sastera melayu. Mungkin sebab masa ni la kita nak berimaginasi ke sebuah dunia yang kita cipta sendiri. Cukup indah dan puitis sekiranya kita betul-betul menghayati sesebuah puisi tu. So, hayatilah puisi ini....


KENYATAAN PERASAAN

Hatiku terpaut untuk mendekati,
Namun, hatimu keras bagai besi,
Akhirnya layu dengan pengucapan,
Benar, kau takkan kusiakan.

Sayang,
Kau umpama pari-pari kecil yang berterbangan,
Memberiku sinar kebahagiaan dengan keikhlasan,
Mewarna hidupku tanpa sebarang keluhan,
Menjadi impian segenap insan.

Peliharalah dirimu wanitaku,
Hanya itu pesanku,
Hanya itu permintaanku,
Dan hanya itu kemahuanku.

Ingatlah,dunia ini hanya sementara,
Sebagai persinggahan buat manusia,
Tiada apa yang lebih berharga,
Selain keberkatan yang Maha Kuasa,
Kelak dijamin syurga yang tiada bandingnya.

Kata-kataku bukanlah dusta,
Ikhlas dari hati dan seluruh jiwa,
Percayalah sayang, kau kucinta,
Cintaku padamu kerana yang Esa.

Akanku suntingmu suatu hari,
Menjadikanmu sebagai isteri,
Bersama mengharungi onak dan duri,
Mencari keberkatan sebagai insani,
Dalam kehidupan menuju firdausi.


so macam mana??? boleh diterima tak? hehehe... Bila cikgu dah semak, tak sangka pulak banyak gaya bahasa yang ada. Aku kira ada 5 je. hahaha... Walau macam mana pun, aku ni masih dalam proses pembelajaran untuk menulis sesebuah karya puisi. Jadi, banyak yang perlu dipelajari. Insyaallah lepas ni aku akan bina puisi yang lebih baik daripada ni... Hope terhibur :)

*SUKA SANGAT2 KELAS SASTERA :D


Sunday, 24 June 2012

Hari Bapa

semalam family aku ade buat event makan-makan sikit sempena hari bapa pada minggu lepas. Suasana meriah la jugak walaupun tak semuanya datang... hehehe... Banyak jugak la lauk yang ada. Tapi yang specialnya, ayam panggang. Yummy!!! :) Even banyak makanan pun, aku tetap makan seciput. Nak maintain la katakan. hahaha... :D

inilah bapa-bapa yang diraikan
dari kiri : Pak usu , Abah , Abang

muka diorang ceria je kan. Lagi-lagi my beloved brother. Senyum sampai ke telinga. hehehe... Yela, bukan selalu mereka ni diraikan. Tapi atok tak ada la masa ni. Lepas bacaan yaasin, dia terus balik sebab ada orang nak jumpa. Jadi, cuma tinggal 3 orang bapa je yang ada. okeyla kan daripada tak ada. Ni la kenangan sempena menyambut Hari Bapa.



inilah gambar aku dengan family
cuma kakak je xde

Aku happy sangat. Masa ni la aku tengok mak dengan abah macam pasangan yang sangat sweet. Macam pengantin baru pulak bila diorang potong kek sama-sama. Seronok tengok diorang tersenyum je. Susah kot nak tengok abah sporting. Apa-apa pun semoga abah dipanjangkan umur. Sihat selalu. Insyaallah,,kalau adik dah berjaya nanti,,adik akan tolong abah dengan mak ok. Yela, lately ni ada je problem yang datang. So, saya akan belajar betul-betul dan bagi kesenangan dekat mak dengan abah. 

*SAAAYAAANNGGGG MAK & ABAH :)

Saturday, 23 June 2012

Rasaku

Caranya membuatku terpesona,
Tutur katanya cukup menyentuh perasaanku,
Walaupun kau baru ku kenali,
Namun,ku dapat merasakan keikhlasanmu,
Adakah kau diciptakan untukku???

Ku tak mahu kenangan lalu terulang kembali,
Ibarat pisang berbuah dua kali,
Cukuplah waktu itu disakiti,
Cukuplah waktu itu ditinggal pergi,

Kini ku mulakan hidup baru,
Bersama insan baru,
Kumohon kekal berpanjangan,
Tanpa sebarang permaslahatan,
Dengan ikatan pernikahan,
Menuju gerbang kebahagiaan,
Bersamamu selamanya,,,,,SAYANG :)

*tiada kena mengena dengan sesiapa..hehe

Sunday, 17 June 2012

Tak Kuduga



Alhamdulillah,,,,aku happy sangat2 sebab dapat masuk form 6. Actually sebelum ni memang aku tolak awal2 form 6 ni. Yela, sesetengah orang cakap form 6 ni begitu la, begini la. So, aku pun tak nak la. Jadi, aku decide nak masuk kolej je. KOLEJ.......1 masalah jugak bila nak masuk kolej. Swasta,,,,so tau2 je la kos yang diperlukan kan. Perlukan duit yang banyak untuk tampung perbelanjaan. Nak2 pulak time tu family aku tengah sesak. Ada masalah sikit. So, aku reda kalau aku tak dapat belajar jauh sekalipun.

Nak dipendekkan cerita, aku mohon la KPTM. Permohonan aku diterima dan aku dapat kos Information Technology. Family pun setuju sebab kolej tu dalam Batu pahat je. Okey, aku ade masa sebulan untuk buat preparation sebelum mendaftarkan diri. Tapi, disebabkan 1 malam tu,aku tukar fikiran untuk masuk form 6. Pelik kan kenapa aku tiba2 nak tukar daripada ambik diploma kepada form 6. Seseorang yang aku anggap sebagai 'sahabat' telah membuka mata hati aku terhadap form 6. Malam tu dia cerita macam2 kat aku pasal form 6 sebab dia pun bekas pelajar STPM. Masa tu aku rasa macam ada 1 semangat yang terbit dalam diri aku.

Tiap2 malam dia bagi aku semangat. Kehadirannya waktu tu betul2 tepat pada masanya. Ketika aku sedang bingung. Aku masih lagi di awangan dalam mencari hala tuju. Dia datang untuk memulihkan. Tapi, cuak jugak sebab budak2 form 6 da habis orentasi. Aku takut kalau tak boleh daftar lagi. Hermmm...Dia cakap, 'buat apa nak malu, kan kita nak belajar. Buat tak tahu je. '

Aku pun datang la sekolah time diorang da start sekolah. Dalam hati Allah je yang tahu apa yang aku rasa. Bila perhimpunan tamat, jumpa la cikgu form 6. Alhamdulillah,,,dia tak cakap apa2 pun. Dia terus masukkan aku dalam kelas Ibnu Khaldun. Aku macam tak percaya. Betul ke aku dah masuk form 6??? hehehe.....

Tu la kan,,,selagi kita belum cuba, kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita. Aku bersyukur sangat sebab masih diberi peluang. Segala yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.

*Thanks 'SAHABAT' :)

Thursday, 7 June 2012

Tentang Dia

Dia,
Masih tercari-cari akan sebuah kehidupan,
Masih diawangan dalam membuat keputusan,
Masih keanakan dalam pemikiran,
Masih belum memulakan perubahan.

Dia,
Ada ketika dengan sikap yang sama,
Ada ketika dihujani duka,
Ada ketika merasa kosong dalam jiwanya,
Ada ketika tidak mengerti apa-apa.

Dia,
Sering melengahkan kerja,
Sering melambatkan sesuatu perkara,
Sering mengabaikan tanggungjawabnya,
Sering menghabiskan masa dengan sia-sia,

Dia,
Manusia yang tidak sempurna,
Manusia yang perlu bimbingan sentiasa,
Manusia yang tidak lari dari dosa,
Manusia yang selalu bergantung kepada orang tua.

Persoalannya,
Siapa DIA???

Yang pasti,
Dia seorang makhluk yang mengharapkan sebuah kehidupan yang lebih bermakna.
Semoga masih terpancar sinar bahagia buatnya.
INSYAALLAH.....

Wednesday, 6 June 2012

Tawakal

Entah kenapa air mata ni mudah berguguran. Mungkin aku terlalu sensitif. Ya, aku akui yang aku memang sensitif sejak akhir-akhir ni. Air mata yang aku tak dapat nak gambarkan kenapa tiba-tiba bergenang. Satu suara terdetik 'Kau kena kuat' , 'Jangan cepat putus asa' , ' Ini semua ujian buat kau kalau kau nak berjaya' , ' Pedulikan apa orang nak cakap' , 'Mintak pada Allah supaya segalanya dipermudahkan' .

Ya Allah , tabahkanlah hatiku untuk menghadapi semua ini.
Ya Allah , kuatkanlah hatiku untuk melalui semua ini.
Ya Allah , tuntunlah perjalananku ke jalan yang Engkau redai.
Ya Allah , tenangkanlah hati hambaMu ini daripada segala kesulitan.
Hanya kepadaMu aku berserah....

*hanya mampu berdoa , berdoa dan terus berdoa..... :')

Tuesday, 5 June 2012

My 1st Post

Seriously agak kekok nak menggunakan blog buat pertama kali. Tapi demi sesuatu yang aku inginkan, ku cuba sedaya upaya. Bukankah 'Usaha Tangga Kejayaan' ? Maka, terciptalah posting aku yang pertama ni. :) Jadi, tak payah la aku susahkan sesiapa untuk buatkan blog aku. hehehe....