Friday, 14 December 2012

Dugaan Semasa Test JPJ

Sebut je JPJ, semua pengguna jalan raya pasti gerun kan. Lagi2 kalau yang memang tak ada lesen and berani punye orang. Orang yang ada lesen pun gerun lagi yang tak ada. Memang seriau la dibuatnya. Terutamanya kaum hawa macam saya nih.. hihihi... :)

Nak share sikit tentang pengalaman saya semasa menjalani ujian JPJ. Wah! skema je ayat. Tak kisahla... haha... First2 sekali bertolak dari rumah pukul 7.50 a.m... Biasanya kalau time training pukul 8.15 a.m baru sampai... Nak test ni, kena awal sikit laa.. Sebelum pukul 8 a.m mesti dah ada dekat rumah En Kabi (agen saya). Dugaan bila perut mula meragam. Haishh, time2 macam ni la dia start nak berdondang sayang ek. Kes masuk angin laa ni sebab lambat makan. Tahankan je la.. Then, 10minit je bawak moto dari rumah sampai Medan. Dasyatt ohh... laju kan saya bawak motor. Biasa la.. kalau da agak terlewat memang macam tu. hehehe (n_n)

Sampai je dekat Akademi Latihan Memandu, terus pegi daftar dekat pejabat. Kena pakai baju warna hijau ala2 bip pemain bola jaring gituu.. hehe... Dapat pulak no 15. Waaaaa,,, kebetulan birthday saya pun 15hb. Mudah-mudahan ada ongg maaa.. hahaha... Ramai jugak laa yang akan test masa tu. Saya bersama 21 orang calon lain dikira group sesi ke-2... So, agak lambat sikit la nak test.

Ni la Akademi Latihan Memandu


Lebih kurang dalam pukul 10 a.m, group sesi 2 pun dipanggil untuk berkumpul sebelum memulakan ujian. En JPJ tu pun bagi la penerangan sikit,,, bla...bla...bla... Okey, masa dah start tu, calon pertama jalan. Alamak! failed pulak. Yang ke-2 dan yang ke-3 pun failed jugak. Fuhh! cuakk ya amat. Jantung masa tu, jangan cakap la. Dah macam apa ntah. Bukan main laju lagi berdegup. Dia punya nervous tu,, hanya Allah je yang tahu. >.<

No 15!!! Waaa,,, giliran saya pulak. Selawat banyak2 dalam hati, semoga Allah permudahkan segala urusan. Perut yang sakit terus tak rasa sakit. haha... Kuat betul aura JPJ tu kan. Dimulakan dengan Bismillah, kereta pun mula menaiki bukit. Alhamdulillah lepas. Then, kena buat parking dengan 3 penjuru. Alhamdulillah lepas jugak. So, saya dah lulus bahagian 2. hehe.. Alhamdulillah...

sebelum memulakan ujian bhg 2

Lepas ni buat bahagian 3 pulak iaitu jalan raya. Kitorang yang 22 orang calon ni pun pergi la tempat menunggu. Pukul 12 baru dapat turn. Tu pun calon yang 1st la kan.. Saya 15. Lama wOO... huhu..  Pukul 1, JPJ pergi rehat pulak. Kena tunggu lagi. Tiba2 hujan turun. Semakin lama semakin lebat. Aiyoo!! macam mana ni... Dugaan betul. Nak test jalan raya, hujan pulak. Tapi saya just 'think positive'. Mungkin ada hikmahnya. Yela, hujan kan rahmat Allah. :)

Lebih kurang pukul 2 p.m, barulah turn No 15 nih... hihi... Seram sejuk jugak. Dengan hujannya lagi. Bertambah-tambah la suhu kesejukan yang saya rasakan.. brrrrrrrrrrrrrrr >.<
Lepas dah selesai buat jalan B, JPJ tu bagilah kertas markah. Dapat 18 markah, Alhamdulillah lulus. Senyum je la lepas keluar daripada kereta. hehe :D

Bukti hujan turun. hehehe..
Selamat tinggal Akademi. Lepas ni tak datang lagi dah. Tapi tak tau la kalau tiba2 teringin nak bawak motor berkuasa tinggi ke, bas ke, lori ke, nanti datang lagi. hahaha...
Tu la dugaan yang saya lalui. Sadisss kan sebab kena test time hujan. hehe... Tapi tak kisah laa. Yang penting, dah selamat menjalani ujian tersebut... Alhamdulillah... B)

*Semoga mendapat keberkatan Allah selama menjalani ujian JPJ...

Wednesday, 12 December 2012

12/12/12

12/12/12.... memang cantik tarikh ni kan... Mesti ramai yang merancang untuk buat 'something special' pada tarikh ni.. Yela, tarikh yang mudah diingati kan. Tak hairanlah kalau ada yang bernikah or bertunang pada tarikh ni. hehehe... *tetibeee B) And for sure, pasti ada di antara mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 Disember. Untuk itu, saya ada ucapan untuk insan yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini....



Pada tarikh ni jugak, sayaaa,,,,,,, hahaha...suspen je kan... Actually tak ada apa-apa pun. Cuma rasa happy je... hihihi... Jadi, jangan pelik bin heran kalau nampak saya tersenyum sorang2. hahaha... B) 

*even mata sangat mengantuk tapi masih mampu tersenyum,,, weeeeeeee B)

Tuesday, 11 December 2012

Deactive FACEBOOK



Terkadang rasa macam nak 'deactive FACEBOOK'....
Kenapa nak deactive??? sebabnya...haa ni aku dah listkan..jom check it out...

1. Terdedah dengan kesosialannya... takut aku pun terjebak sekali. Subhanallah...Jauhkanlah...
2. Sakit mata woo tengok depa yang agak 'HOT' tuh...huhu
3. Untuk kebaikan supaya tak diganggu oleh sesiapa yang cuba mendekati...uuu macam famous je aku neh..padahal.... (x_x)
4. Untuk menjauhkan diri daripada perkara2 yang tak baik.. cth : bahasa yg xsopan dll....
5. And yang pasti, kalau aku mati,, tak la susah2 depa nak tolong deactivekan acc aku..kan??? bukan ada yang tahu password aku...

Tapi jauh dilubuk hati aku yang paling dalam ni, rasa macam tak nak pulak. Adakah aku akan menjadi seperti katak di bawah tempurung kalau tak ada FB. Yela, selama ni aku dapat info semasa pun melalui FB. Eh, kolot betul pemikiran aku kan..macam la kat tempat lain tak boleh dapatkan info semasa. Surat khabar kan ada. Ish2,,,,nampak sangat tak pernah beli surat khabar...hehehe...

So, keputusannya,,,,,, just wait and see lah ya...
Kalau nampak aku online, ada la... 
Kalau tak ada, usah dicari kemana aku pergi...wah! hehehe 

Blurrrr

Entah kenapa aku rasa something wrong somewhere malam semalam. Segalanya bercampur baur. Aku pun tak tahu kenapa. Hate this!!! Segala yang aku rasa bergambung menjadi 1. Wah! da macam ape tah...hahaha Perasaan bersalah, sedih, sakit hati, cemburu, kehilangan, sunyi, sepi, and yang pasti ada jugak terselit perasaan rindu. Uuuuu...rindu sape ek?? Hanya Allah sahaja yang mengetahui...

Bila online FACEBOOK, aku rasa macam fikiran aku ada kat tempat lain. nasib baik la tak ada yang mengganggu. Hermmm.... apa yang aku khayalkan adalah sesuatu yang aku tak dapat nak explain melalui kata2 mahupun penulisan. It's something like,,,,I don't know how to tell what I feel. Mungkin tempat ni tak sesuai untuk aku berkongsi apa yang aku rasa. It's too privacy....

Aku merasakan yang aku perlu bersendirian sekarang ni. Aku ingin memperbaiki diri. Mencari kekuatan dalaman dalam diri yang seakan hilang. Aku sedar bahawa aku adalah manusia hina. Hamba kerdil yang tak punya apa-apa. Masih tercari-cari sesuatu dalam diri. Jadi, aku perlu melakukan anjakan paradigma dengan segera. Bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri demi mendapatkan keredaan Allah s.w.t.... In Shaa Allah...

Monday, 10 December 2012

Impianku


Bidang penulisan,,,,, sekarang ni semakin bertambah penulis2 novel yang giat mengembangkan bakat diorang melalui penulisan. Nak dijadikan cerita, aku pun sebenarnya ada memasang impian untuk menjadi seorang penulis satu hari nanti. In Shaa Allah,,,,

Aku start minat menulis sejak darjah 4 lagi. Masa tu periksa akhir tahun. Then tak sangka pulak aku dianugerahkan pelajar terbaik dalam subjek penulisan. Dari situ la mula minat menulis. Bila dah sekolah menengah, aku just tulis diari je. Okey la kan walaupun malas nak buat karangan. Hehehe... Yang paling tak sangka, dapat A+ masa SPM dalam subjek Bahasa Melayu. So, semangat nak menulis tu semakin berkobar-kobar je...

Sekarang ni bila dah masuk Form 6, cara menulis karangan pun dah berbeza. Cikgu Sai'an memang the best la. Aku respect betul dekat dia sebab cara pemikiran dia tu, FUHHHHH!!!!! Dasyat ahhh... aku pun tak dapat berfikir macam dia... Kadang2 aku terfikir, macam mana nak jadi penulis kalau cara pemikiran aku tak setanding dia. Aku masih belum dapat berfikir luar kotak pemikiran, err maksudnya berfikir dengan lebih jauh lagi. Tapi pemikiran cikgu Sai'an,,,memamg AWESOME laa...SUPERR AWESOME!!!!

Impian ini takkan aku biarkan terkubur. Aku akan teruskan niat aku nak jadi seorang penulis. Walaupun akan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sebuah karya, tapi aku akan cuba sehabis baik. Dah minat kan....nak buat macam mana. Yang penting, kalau nak buat sesuatu tu mesti bersungguh-sungguh...

Agaknya cerita apa yang akan aku hasilkan kelak ye...heheh *berangan sekejap (n_n) Tu tak kisah la, yang pasti aku akan mulakan sedikit demi sedikit mulai sekarang. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah. In Shaa Allah...


Friday, 7 December 2012

Just Follow

gambar hiasan
Setiap orang memiliki impian dan cita-cita yang ingin digapai... Aku pun macam tu jugak. Tapi bila difikir balik dengan zaman arus modenisasi sekarang ni, rasa macam segalanya adalah mustahil. Nak hidup mewah, kerja yang bagus, pangkat yang tinggi, gaji yang banyak, segala-galanya yang indah belaka, sape yang tak nak... Journey yang kita harus lalui amatlah payah. Ni baru dekat dunia. Esok kat akhirat terlalulah sukar. Sebagai manusia, kita kena reda dengan apa yang kita terima. In Shaa Allah....


   "lepas STPM kau terus kerja"

"Lagi elok kalau kerja dengan goverment"

"Mana tau dapat orang kerja kerajaan"

"Lagi best kalau dapat orang kaya"

Haihh,,,, ayat tu kadang-kadang buat aku runsing. Lagi-lagi bab yang dapat orang kaya tuh. Rasa macam mustahil kot. Siapalah aku nak dapat orang kaya bagai. Bak kata orang, cermin la diri dulu.. Pipit mana boleh disamakan dengan enggang... Bonus la kalau dapat pun.. Tu tak kisah sangat la.. Lagipun muda lagi nak kahwin.. Masalahnya sekarang, kemana aku selepas ni ek?

"Terpulang pada kau nak kemana. Kami tak halang"

"Kata nak jadi lecturer"

"Kalau boleh, jangan susahkan parents"

"Sekarang bukan senang nak cari duit"

What should I do??? Ikut cakap diorang or teruskan dengan perancangan sendiri?? Tapi ada betul jugak apa yang diorang katakan. Aku ni mana la ada pengalaman.. Mereka lebih dulu makan garam. Jadi mereka lebih tau apa jalan yang terbaik yang aku patut ambil. Cara yang terbaik sekarang ni, just follow the flow.. Aku tahu, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.. Yang penting, kita kena usaha dan berdoa supaya semuanya berjalan lancar.. In Shaa Allah...

Wednesday, 5 December 2012

Wajah Baru :)

wahh!!! kini bloggie ku berwajah baru...baru bersemangat nak meneruskan mision... cewah... mision la sangat kan... hehe... tak kisah la apa pun misionnya,,,yang penting hidup mesti diteruskan... oyeahhh!!! wajah baru, azam baru, cerita baru, segalanya serba baru la... ehee :P