Friday, 7 December 2012

Just Follow

gambar hiasan
Setiap orang memiliki impian dan cita-cita yang ingin digapai... Aku pun macam tu jugak. Tapi bila difikir balik dengan zaman arus modenisasi sekarang ni, rasa macam segalanya adalah mustahil. Nak hidup mewah, kerja yang bagus, pangkat yang tinggi, gaji yang banyak, segala-galanya yang indah belaka, sape yang tak nak... Journey yang kita harus lalui amatlah payah. Ni baru dekat dunia. Esok kat akhirat terlalulah sukar. Sebagai manusia, kita kena reda dengan apa yang kita terima. In Shaa Allah....


   "lepas STPM kau terus kerja"

"Lagi elok kalau kerja dengan goverment"

"Mana tau dapat orang kerja kerajaan"

"Lagi best kalau dapat orang kaya"

Haihh,,,, ayat tu kadang-kadang buat aku runsing. Lagi-lagi bab yang dapat orang kaya tuh. Rasa macam mustahil kot. Siapalah aku nak dapat orang kaya bagai. Bak kata orang, cermin la diri dulu.. Pipit mana boleh disamakan dengan enggang... Bonus la kalau dapat pun.. Tu tak kisah sangat la.. Lagipun muda lagi nak kahwin.. Masalahnya sekarang, kemana aku selepas ni ek?

"Terpulang pada kau nak kemana. Kami tak halang"

"Kata nak jadi lecturer"

"Kalau boleh, jangan susahkan parents"

"Sekarang bukan senang nak cari duit"

What should I do??? Ikut cakap diorang or teruskan dengan perancangan sendiri?? Tapi ada betul jugak apa yang diorang katakan. Aku ni mana la ada pengalaman.. Mereka lebih dulu makan garam. Jadi mereka lebih tau apa jalan yang terbaik yang aku patut ambil. Cara yang terbaik sekarang ni, just follow the flow.. Aku tahu, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.. Yang penting, kita kena usaha dan berdoa supaya semuanya berjalan lancar.. In Shaa Allah...

No comments:

Post a Comment