Sunday, 29 September 2013

Perasaan apakah ini???

Ohh my,,,,

aku tak tahu kenapa,,,kerap sangat mimpi pasal dia...
aku cuba tak nak ingat tapi tu la,,,asyik teringat je...
bila cuba nak lupakan,,,nanti aku mula la mimpi dia...
membuatkan aku teringat balik pasal dia...

perasaan apakah ini sampai aku selalu mimpikan dia...
mimpikan orang yang sama....
berkali-kali....

rindukah???
sayangkah???
cintakah???

hermmmm,,,,sabarlah duhai hati....
mungkin ini hanya sementara...
kau diuji dengan perasaan yang bukan2...
mohonlah pada Allah supaya hati tenang...

GANBATTTE!!!!

Monday, 26 August 2013

Raya ohh raya

Assalamualaikum w.b.t......

Apa yang ingin dicoret kali ini ya?? hehehe...lama kott tak berblogging.. nama pun pelajar sekolah... So, kadang2 tu tak ada masa nak spend time berblogging.
Btw,,,sekarang masih dalam bulan Syawal.. So saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,,maaf zahir dan batin... kosong2 okeyhh :D


classmate form 6

molek2 belako depa semua tuh...hehe ni pic time beraya dengan kawan2...ce teka yang mana saya? 
ecehhh~ tak payah teka2 bagai laa kann..yang penting time ni laa kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesame kawan...
Tahun ni adalah tahun beraya yang paling busy.. Agaknya laa.. hahaha
Mana taknya, ada open house kat rumah atok,, nak beraya dengan kawan2 lagi,, pergi rumah sedara lagi,, waaa,,, very tired tapi sangat menyeronokkan... Tahun depan mungkin dah berbeza... In Shaa Allah lebih meriah... itu pun kalau panjang umur.. Harapnya begitulah kann :D

Saturday, 4 May 2013

Mencari Kekuatan Diri ^_^

       Setelah sekian lama, baru kini kusedari. Ternyata kesetiaanku kau khianati. Ku sedar kekurangan diri ini. Aku juga sedar bahawa diriku tidak layak untukkmu. Namun, siapalah aku untuk menolak rasa cinta dan sayang yang telah dikurniakan Illahi. Mungkin ini jalanku. Seringkali kecewa dan tidak pernah merasai perhubungan yang lama. Sudah ketentuan Illahi bukan. Aku reda dengan ujian ini. Lebih elok aku bermuhasabah diri daripada menunding jari menyalahkan sesiapa. Tiada guna jika saling salah menyalahi. Aku sedar siapa aku. Kau ibarat burung enggang dan aku ibarat burung pipit. Manakan bisa burung enggang berterbangan dengan burung pipit.
       
       SEDIHH... ya,, siapa yang tidak sedih dengan hakikat yang perit. Tapi aku bersyukur kerana tidak setitis pun air mataku gugur keranamu. Pengalaman laluku mendewasakanku. Terima kasih ku ucapkan kepadamu atas layananmu suatu masa dahulu. Kini tibalah masanya untukku hapuskan segala kenangan itu. *kenangan la sangat..hoho -_-

       Harapanku, semoga engkau bahagia disamping keluargamu dan wanita pilihanmu. Aku di sini akan tetap meneruskan kehidupan yang penuh onak dan duri. Hanya doa yang dapat kutitip mengiringi perjuanganmu di muka bumi. Sesungguhnya, apa jua yang pernah kau lakukan terhadapku telah aku ampunkan. Begitu juga denganmu, kuharap engkau juga memaafkan segala kesilapan yang pernah kulakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. In Shaa Allah... ^_^ 


Tuesday, 5 March 2013

Hidup Adalah Hadiah

Ayat-ayat yang bisa membuatkan kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t

Hari ini sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata yang tidak baik - Fikirkanlah mereka yang tidak bisa bicara.

Sebelum engkau mengeluh tentang rasa makananmu - Fikirkan seseorang yang tidak memiliki apapun untuk dimakan.

Sebelum engkau mengeluh tentang ibu atau bapa - Fikirkan mereka yang tidak memiliki ibu atau bapa

Sebeum engkau mengeluh tentang suami atau isteri - Fikirkan mereka yang menangis di hadapan Tuhan untuk diberikan seorang teman.

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu - fikirkan mereka yang sangat menginginkan anak.

Sebelum anda berdebat tentang rumah yang kotor, tidak ada yang membersihkan atau menyapu - Fikirkan mereka yang tinggal di jalanan.

Sebelum engkau merengek tentang jauhnya jarak yang ditempuh dengan kenderaan anda - Fikirkan mereka yang menempuh jarak yang sama dengan kaki mereka.

Dan ketika anda lelah dan mengeluh tentang pekerjaan anda - Fikirkan tentang pengangguran, orang yang cacat yang sangat menginginkan pekerjaan seperti anda.

Sebelum anda mengutuk orang lain - ingat bahawa tidak ada satu pun dalam kalangan kita tanpa dosa.

Dan ketika beban hidup seakan menghancurkanmu - kembangkan senyuman di wajah dan bersyukur kepada Tuhan, peluang masih terbuka luas selagi engkau masih ada di dunia-Nya!

Renung-renungkan...

Wednesday, 27 February 2013

Apa sahaja NFR

memikirkan sesuatu yang tak pasti
As'salam...

Today,, I want to talk about... ecehh,,, speaking pulak. :)  Just nak berkongsi apa yang terbuku di hati. 1stly,,,, In Shaa Allah mulai hari ni dah tak nak ada perasaan cintan cintun lagi dekat sesiapa. Kalau nak sangat bercintun dengan insan ini,, jumpalah emak dengan abah dulu k.. Kita kahwin terus... Erkk!! mengarott jep... Hehehe :D

2ndly,, Syukur Alhamdulillah sebab dikurniakan family yang memahami... Even not 100% understanding tapi it's better than nothing kan. Tak lupa jugak dekat membe2 sejak dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah dan membe2 form6 2012/2013 SMK Seri Medan. Cikgu2 yang banyak membantu sehingga sampai ke tahap ni. Ermmm,,, rakan2 laman sosial yang mengenali diri ini. Eh, dah macam nak buat penghargaan je. Tapi saya memang sangat2 menghargai kalian semua.. ^_^

Gambar kucing tu menunjukkan bahawasanya, saya ni kadang2 rasa keliru dengan seseorang, dengan sesuatu, dengan macam2 lagi la. Tapi, saya cuba ubati and sorokkan kekeliruan tu dengan senyuman and bersangka baik. Alhamdulillah, tenang rasanya walaupun ketenangan yang sementara. Yela, perasaan tu akan datang tanpa diundang. So, kita kena pandai mengawal emosi. That's all for now... 

Monday, 4 February 2013

Ia cuma MIMPI???

Hari ni nak story pasal mimpi la.

     So far dah dua kali mimpikan dia. Aku pun tak tahu kenapa aku mudah mimpikan seseorang yang aku sayang. Sayang ke? In Shaa Allah sayang kerana Allah. Nampak sangat masih sayang kan. hehehe... Sebenarnya aku rasa macam dah putus harapan untuk dia. Berbaloi ke tunggu dia? Dia pun macam dah lupa je. Tapi hati ni kuat mengatakan yang dia tak lupa dan aku kena sabar menunggu si dia.

     Mimpi yang 1st tu da lupa la pulak. Tapi best jugak kot. Hihihi.. Yang 2nd ni yang latest. Entah kenapa boleh termimpi. Padahal dah lama tak contact. Langsung! huhu.. But, just think positive. Maybe dia busy. Bersangka baik tu lebih baik. Hati pun tak sakit. Hehehe.. B) 
Dalam mimpi tu, me and my mum ada kat satu tempat ni. Kat mana tah. Macam kawasan hotel pun ada jugak. Hahaha.. Then, aku ternampak ibu dia. What?? *terkejut sekejap... :P Seriously macam tak percaya boleh terserempak dengan ibu dia. Masa tu ibu dia sorang je. Aku pun tak ada la nak menegur sebab ibu dia bukan kenal aku pun. Dia pun tak pernah cerita pasal aku kat ibu dia kan. Rasanya tak ada siapa yang tahu. Tapi emak tahu. Hehehe.. :) 

     Back to the story... aku cuma perhatikan ibu dia dari jauh. Masa tu, emak pergi mana pun tak tahu. Nama pun mimpi, kejap ada kejap tak ada... hehe... Tak lama lepas tu, ada satu kereta mercedes masuk kat lobi hotel. Eh, macam ayah dia je.. Tengok tempat penumpang belakang, adik dia ada. Tapi, dia tak adalah pulak. huhu... Eh, kenapa nak sedih?? kan bagus tak jumpa. Malu ohh... >.<  Ok, let it be... Tiba-tiba, macam terpandang seseorang yang aku kenal keluar dari kereta tu. Dia ke??? Hati tertanya-tanya... eceh~ 

     Sah!!! tu memang dia. Hope dia tak nampak aku. Tapi dia macam perasan jugak la. Dia macam pandang aku jugak. Tapi aku buat-buat tak nampak je masa tu. Yela, kan tak pernah jumpa, mustahil boleh cam muka kan. Tapi, bila dia senyum je, tak boleh nak cakap apa la. Dia terus datang kat aku. Nak tahu apa jadi lepas tu??? kitorang borak2,, he is so nice. Dalam mimpi la. Realitinya aku tak tahu sepenuhnya dia tu macam mana. Nama pun mimpi. Then dia ajak aku sekeluarga join holiday dengan family dia. Kakak dia baik gilerr... Sangat2 peramah. Layanannya macam dah lama je kenal aku. Ibu dia pun sama. Sangat2 peramah. No wonder... 
    
      But, in fact,,,it's just a dream... Only in my dream.... Either it will be a reality or not,,, It's all in God's hand... As a muslim, we have to pray and put all of hope to Him. He knows everything what is the best for me. Aamiin....