Setelah sekian lama, baru kini kusedari. Ternyata kesetiaanku kau khianati. Ku sedar kekurangan diri ini. Aku juga sedar bahawa diriku tidak layak untukkmu. Namun, siapalah aku untuk menolak rasa cinta dan sayang yang telah dikurniakan Illahi. Mungkin ini jalanku. Seringkali kecewa dan tidak pernah merasai perhubungan yang lama. Sudah ketentuan Illahi bukan. Aku reda dengan ujian ini. Lebih elok aku bermuhasabah diri daripada menunding jari menyalahkan sesiapa. Tiada guna jika saling salah menyalahi. Aku sedar siapa aku. Kau ibarat burung enggang dan aku ibarat burung pipit. Manakan bisa burung enggang berterbangan dengan burung pipit.
SEDIHH... ya,, siapa yang tidak sedih dengan hakikat yang perit. Tapi aku bersyukur kerana tidak setitis pun air mataku gugur keranamu. Pengalaman laluku mendewasakanku. Terima kasih ku ucapkan kepadamu atas layananmu suatu masa dahulu. Kini tibalah masanya untukku hapuskan segala kenangan itu. *kenangan la sangat..hoho -_-
Harapanku, semoga engkau bahagia disamping keluargamu dan wanita pilihanmu. Aku di sini akan tetap meneruskan kehidupan yang penuh onak dan duri. Hanya doa yang dapat kutitip mengiringi perjuanganmu di muka bumi. Sesungguhnya, apa jua yang pernah kau lakukan terhadapku telah aku ampunkan. Begitu juga denganmu, kuharap engkau juga memaafkan segala kesilapan yang pernah kulakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. In Shaa Allah... ^_^
No comments:
Post a Comment